Jumaat, 30 Oktober 2009

tips ni aku dpt mlalui pbacaan dlm satu blog mengenai hal2 kekeluargaan.bagaimana mjadi isteri dan ibu mithali di kaca mata suami,anak2 dan keluarga..aku blm sampai k thp digelar isteri @ ibu mithali coz pjalananku masih jauh dan masih byk perkara ttg hal2 rumahtangga yg perlu aku belajar tapi aku berusaha utk ke arah itu..bukan gelaran atau ganjaran yg kupinta tp cukup sekadar sgala usaha dan pngorbananku dhargai dan diriku disayangi.bukan mahu jadi yg tbaik tp berusaha utk mperbaiki diri menjadi org yg lebih baik dr sebelumnya.bkahwin,berumah tangga kemudian mpunyai ank byk mngajar aku ttg erti kesabaran yg sebenarnya.setiap hari yg aku lalui dlm kehidupan sekarang bgku adalah satu proses pembelajaran buat ku utk mjadi insan yg bgelar isteri dan ibu yg lebih matang.benarlah ape yg org kate pengalaman akan mendewasakan seseorang.tanpe cabaran dan dugaan hidup kita di dunia ini tidak ada ertinya.tiada manusia yg dlahirkan allah di muka bumi ini tidak diuji dengan masalah.semuanya berbalik pd hati kt sendiri dan cara bagaimana kt mnangani setiap ujian dan masalah yg diberi.adakah kt redha atau sebaliknya.hanya allah yg maha mngetahui setiap apa yg berlaku.so same2la kita mcermin diri kt dan menilai dr sendiri seblm org lain disekeliling memerhati dan menilai kt.wallahualam...

Tips menjadi ibu mithali
Ada beberapa ciri yang perlu ada pada Ibu Mithali.
1.Ibu perlu ada nilai diri yang tinggi kerana dapat meransang anak-anak menjadi seorang yang baik dan cemerlang.
2.Ketika ibu hendak memuji anak atau mengkritik anak, pilih masa yang sesuai. Jika kena pada masanya anak senang ikut arahan yang diberikan oleh ibu.
3.Mengawal anak dengan cara yang terbaik
4.Ibu juga perlu bersangka baik terhadap anak-anak kerana setiap anak ada potensinya yang tersendiri.
5.Anak perlu dididik menjadi lebih berdikari supaya anak tidak terlalu dimanjakan.
6.Sekiranya ibu melakukan kesilapan segera meminta maaf dari anak. Ibu jangan malu untuk meminta maaf dari anak.
7.Ibu juga perlu memberi perhatian kepada setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak.
8.Ibu juga sanggup mengorbankan kepentingan diri demi menjaga anak dengan baik.
9.Doa adalah senjata yang paling baik bagi ibu untuk membentuk anak yang baik. Doa ibu mudah dimakbulkan oleh Allah. Maka ibu berdoalah semoga keluarga anda mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat.


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Setiap di antara kamu adalah penjaga (pemimpin) dan setiap di antara kamu nanti akan ditanya pada hari akhirat kelak tentang jagaannya.”

Tips-tips menjadi isteri yang taat kepada suami

1.Isteri perlu malu dan merendahkan pandangan di hadapan suami.
2.Apabila suami pulang ke rumah dari tempat kerjanya, isteri hendaklah berdiri menyambut kedatangan suami. Begitu juga semasa suami hendak pergi ke tempat kerja, isteri hendaklah berdiri tanda hormat kepada suami.
3.Jangan menyampuk ketika suami sedang bercakap. Isteri sebaik-baiknya mendiamkan diri.
4.Segala arahan yang diberikan oleh suami perlu dipatuhi oleh isteri selagi arahan itu tidak melanggar hukum-hakam agama.
5.Memuliakan ahli keluarganya. Jangan menjatuhkan maruah ahli keluarga suami.
6.Sentiasa bersolek dan berhias cantik untuk suami dan bukan bersolek untuk orang lain.
7.Tidak mengkhianati suami apabila suami tiada di rumah.
8.Menjaga kehormatan diri ketika suami tiada di rumah.
9.Isteri hendaklah menemani suami ketika hendak tidur. Jangan biarkan suami anda tidur sendirian. Berwangi-wangian dengan memakai minyak wangi yang disukai oleh suami.
10.Isteri hendaklah menghargai hadiah dan pemberian yang diberikan oleh suami walaupun anda tahu berapa nilai harganya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan