Jumaat, 30 Oktober 2009

tips ni aku dpt mlalui pbacaan dlm satu blog mengenai hal2 kekeluargaan.bagaimana mjadi isteri dan ibu mithali di kaca mata suami,anak2 dan keluarga..aku blm sampai k thp digelar isteri @ ibu mithali coz pjalananku masih jauh dan masih byk perkara ttg hal2 rumahtangga yg perlu aku belajar tapi aku berusaha utk ke arah itu..bukan gelaran atau ganjaran yg kupinta tp cukup sekadar sgala usaha dan pngorbananku dhargai dan diriku disayangi.bukan mahu jadi yg tbaik tp berusaha utk mperbaiki diri menjadi org yg lebih baik dr sebelumnya.bkahwin,berumah tangga kemudian mpunyai ank byk mngajar aku ttg erti kesabaran yg sebenarnya.setiap hari yg aku lalui dlm kehidupan sekarang bgku adalah satu proses pembelajaran buat ku utk mjadi insan yg bgelar isteri dan ibu yg lebih matang.benarlah ape yg org kate pengalaman akan mendewasakan seseorang.tanpe cabaran dan dugaan hidup kita di dunia ini tidak ada ertinya.tiada manusia yg dlahirkan allah di muka bumi ini tidak diuji dengan masalah.semuanya berbalik pd hati kt sendiri dan cara bagaimana kt mnangani setiap ujian dan masalah yg diberi.adakah kt redha atau sebaliknya.hanya allah yg maha mngetahui setiap apa yg berlaku.so same2la kita mcermin diri kt dan menilai dr sendiri seblm org lain disekeliling memerhati dan menilai kt.wallahualam...

Tips menjadi ibu mithali
Ada beberapa ciri yang perlu ada pada Ibu Mithali.
1.Ibu perlu ada nilai diri yang tinggi kerana dapat meransang anak-anak menjadi seorang yang baik dan cemerlang.
2.Ketika ibu hendak memuji anak atau mengkritik anak, pilih masa yang sesuai. Jika kena pada masanya anak senang ikut arahan yang diberikan oleh ibu.
3.Mengawal anak dengan cara yang terbaik
4.Ibu juga perlu bersangka baik terhadap anak-anak kerana setiap anak ada potensinya yang tersendiri.
5.Anak perlu dididik menjadi lebih berdikari supaya anak tidak terlalu dimanjakan.
6.Sekiranya ibu melakukan kesilapan segera meminta maaf dari anak. Ibu jangan malu untuk meminta maaf dari anak.
7.Ibu juga perlu memberi perhatian kepada setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak.
8.Ibu juga sanggup mengorbankan kepentingan diri demi menjaga anak dengan baik.
9.Doa adalah senjata yang paling baik bagi ibu untuk membentuk anak yang baik. Doa ibu mudah dimakbulkan oleh Allah. Maka ibu berdoalah semoga keluarga anda mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat.


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Setiap di antara kamu adalah penjaga (pemimpin) dan setiap di antara kamu nanti akan ditanya pada hari akhirat kelak tentang jagaannya.”

Tips-tips menjadi isteri yang taat kepada suami

1.Isteri perlu malu dan merendahkan pandangan di hadapan suami.
2.Apabila suami pulang ke rumah dari tempat kerjanya, isteri hendaklah berdiri menyambut kedatangan suami. Begitu juga semasa suami hendak pergi ke tempat kerja, isteri hendaklah berdiri tanda hormat kepada suami.
3.Jangan menyampuk ketika suami sedang bercakap. Isteri sebaik-baiknya mendiamkan diri.
4.Segala arahan yang diberikan oleh suami perlu dipatuhi oleh isteri selagi arahan itu tidak melanggar hukum-hakam agama.
5.Memuliakan ahli keluarganya. Jangan menjatuhkan maruah ahli keluarga suami.
6.Sentiasa bersolek dan berhias cantik untuk suami dan bukan bersolek untuk orang lain.
7.Tidak mengkhianati suami apabila suami tiada di rumah.
8.Menjaga kehormatan diri ketika suami tiada di rumah.
9.Isteri hendaklah menemani suami ketika hendak tidur. Jangan biarkan suami anda tidur sendirian. Berwangi-wangian dengan memakai minyak wangi yang disukai oleh suami.
10.Isteri hendaklah menghargai hadiah dan pemberian yang diberikan oleh suami walaupun anda tahu berapa nilai harganya

Khamis, 29 Oktober 2009

demam panas..

nk share citer ank kesayangan ku munif dzakwan tlh dmasukkn wad d hospital putrajaya pg senin aritu coz kne infection pd tekak n mnyebabkn dia demam pns smpi nk kne kejang or dr gelarkn demam sawan..weekend aritu elok je ank aku aktif main,mkn minum mcm bese..ari sbtu aku bwk dia p uma mbr opis aku,wati kt p18 coz dia bt mkn2..munif riang mcm bese,ketawela n posing2 amek gmbr coz dia mmg suke org amek gmbr dia..n ari ahad lak,ktorg just stay kt uma putrajaya coz nk kms2 uma lgpun tk blk uma mak ari selase mlm br cadang nk blk ceras coz husbandku dia ade kursus kt kl smpi ari kamis..siang ahad 2 mmg bdn dia tk pns n selere mkn pn mcm bese..tp aku notice ble mlm nk tdo dlm kul 10lbh ktorg nk msk bilik bdn kpale dia trase hangat2 cket2..n cpt2 aku suh husband aku cek suhu bdn dia gune termometer..n mmg btlla suhu bdn dia pns cket..rs mcm tk sedap ht bg dia mkn ubat demam sblm tdo n dia pn mlm 2 lg kuat nyonyot nenen ngn kt..mlm 2 smpi tdo2 ayam dok jg dia,kejap2 cek suhu bdn dia,tuam bdn dia ngn towel bsh tp tau jela budak dh cerdik,kt letak kain dia tarik blk..huhu..pastu tukarkn bj dia pakaikn bj singlet lubang2 ngn biar dia pakai pampers je..igt lehla kurangkn pns bdn dia..ms time kul baper ntah ms husbnd tukarkn pampers dia,ms 2 suhu bdn dia dh turun so br je nk lelap mt sekejap skali dgr dia cam tkejut n husband pn tjage..aku pn terus mjerit ckp kt husband ble tgk dia nangis n mt dia cm nk ke ats..ktorg panik sgt..aku suh husband aku amek air dlm gayung n bshkn bdn2 dia,n aku cpt2 bukak mulut dia takut dia kancing gg..n suh husband call mak n dlm ms yg samer husband aku call ambulans coz ktorg panik n ambulans suh p hospital snd n bshkn bdn ank aku ngn air..smpi hosp terus bwk ank msk dlm emergency room n dorg suh ktorg kuar..cian ank aku mnangis2 kne tgl..aku lak ksejukan coz bj smue bsh lencun ms bshkn ank aku..nsb husbnd aku smpt capai bj n suar tuk aku (juge bra..hehe mlm2 tk pakai pn sbb sng nk bf ank..)..rupenye br kul 4lbh n ktorg dpt msk wad pn ms dh azan subuh..cian ank aku keletihan nangis..pas bg dia nenen dia terus tdo..n pas dr cek rupenye tekak dia kne infection n tpakse bg mkn antibiotik n dr kne obeserve dia 24hrs takut demam dia naik blk..n mmg satu hr ms dia demam 2,munif kuat nyusu sampai B aku lembik sgt..2pn smpai 4btl air mineral bsr yg 1.5l 2 aku minum tmbh lg mkn supplement vitC,multivit n bcomplex smuenye tuk bg ank aku n aku sihat..n alhamdulillah ptg snin 2 suhu bdn dia dh makin turun coz skejap2 aku tuam bdn dia ngn air suam n biarkn dia pakai pampers je n mlm pn alhamdulillah dh tk demam..so ari selase dlm kul 3ptg ktorg dh cek out..munif pn dh tk sabar nk main2..yela mn tknye..dia mmg aktif suke memanjat2 skali kene dok dlm katil je n tkleh lepas,boring la dia..asyik kne dukung je smpi dia ngamuk2 nk lepas..alhamdulillah ank aku aktif mcm bese..blh ketawe2..blh tepuk2 tgn,memanjat n mbebel bhse dia..(smpikn dr2 pelatih suke main ngn dia siap amek gmbr lg tp dia cam takut ble tgk org pakai seragam putih n mask dr jauh dia dh jerit takut kne cucuk..hehe)..
alhamdulillah berkat susu ibu,dr tk mskkn air pn dlm bdn dia coz dia kuat nyusu n kerap kencing..thanx 4 my dr n nurse yg mrawat munif kat wad 2c katil 21,d hospital putrajaya,4 famili yg always support, 4 kwn2 opis lame yg dtg mlawat nora,sue,kak jilah n kak fida n also kwn2 opis yg bg support n of course 2 my belove husband yg caring n jg aku n munif..tanpe kalian aku lemah..huhu


so bwh ni aku nk letak info psl demam sawan yg aku dpt dr doktor yg merawat.So nxt tme aku n sesape yg ade ank akan lbh prihatin ble ank kt demam..so check it out..

Apakah Sawan?
Sawan adalah akibat dr ledakan elektrik d otak di luar kawalan yg mengakibatkn:
-kekejangan otot
-mata terbeliak ke ats
-mulut berbuih
-kancing gigi
-tidak sedarkn diri dan lain2

Apakan Sawan Demam?
Sawan Demam ialah:
-Sawan yg berlaku apabila suhu badan melebihi 38C (ms kne tahan suhu munif 38.6C)
-Berlaku pada hari pertama @ kedua demam
-lingkungan umur 6bln-6thn

Sebab2 Sawan Demam?
Demam tlalu tinggi,kebanyakan berpunca drp:
-jangkitan bahagian saluran atas pernafasan
-Jangkitan pd telinga(Otitis Media) dan lain2

Bolehkan Sawan Demam Berulang?
Ya.30% Sawan Demam boleh berulang

Adakah Sawan Demam Mengakibatkan Kecacatan Otak?
Tidak.Kecuali apabila sawan berlaku melebihi 15min

Adakah ia keturunan?
Ya!Sekiranya terdapat ahli keluarga yg pernah mengalami demam sawan semasa kecil, risikonya adalah tinggi(tye kat mak rupenya 2-2 adk lelaki aku pnh alami ms dorang kecik2 dlu)

Adakah ia boleh mengakibatkan epilepsy?
Hanya segelintir kanak-kanak yg mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsy

Bagaimana ANDA mengenali SAWAN DEMAM:
-BADAN TERASA PANAS
-BADAN DAN KAKI TEGANG
-KAKI DAN TANGAN MUNGKIN TERGONCANG TANPA RANSANGAN
-MUNGKIN TERJATUH
-MULUT BERBUIH
-TIDAK DAPAT MENGAWAL AIR KENCING
-TERTIDUR DAN TIDAK SEDARKAN DIRI SEKETIKA.APABILA TERJAGA KANAK-KANAK INI MUNGKIN TERASA BINGUNG SEKETIKA
-KEMUDIAN AKAN AKTIF SEPERTI BIASA

Apa yang harus ANDA lakukan ketika demam:
-LONGGARKAN PAKAIAN
-LAKUKAN MANDI BERJELUM
-BERIKAN UBAT PARACETAMOL SEPERTI DIARAHKAN
-GALAKKAN MINUM AIR DGN BYK
-LETAKKN ANK D TMPT YG MEMPUNYAI PEREDARAN UDARA YG BAIK

Ketika Sawan:
-TENANGKAN DIRI
-MENGIRINGKAN ANAK
-JAUHKN BARANG BERBAHAYA
-JGN SESEKALI MELETAKKAN APA2 DLM MULUT ANAK
-JGN TINGGALKAN ANK BERSENDIRIAN
-SEKIRANYA SAWAN BERPANJANGAN,MLEBIHI 5MIN BAWA KE PUSAT RAWATAN SEGERA


P/s:Ingatan tuk aku pasni kne tenangkn diri ble ank tk sihat n cube jgn emo..huhu



Khamis, 22 Oktober 2009

ubat-ubatan dan penyusuan susu ibu

Ini sumber yg aku dpt dr susuibu.com dr slh seorng forumer..mayb bgune tuk ms2 akan dtg..

Just some info to share with all mommies..Kesedaran terhadap peri pentingnya penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu telah banyak mempengaruhi sebahagian besar kaum wanita untuk menyusu anak-anak mereka dengan susu badan. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian dari mereka ini terpaksa mengambil ubat-ubat atas sebab-sebab tertentu ketika menyusukan anak mereka. Ini memerlukan perhatian kerana ia boleh menimbulkan kesan ke atas anak yang menyusu.Kebanyakan dari ubat-ubat ini mengalir melalui saluran darah dan sebahagian kecil darinya akan masuk ke dalam susu ibu. Sesetengah dadah atau ubat-ubat ini boleh menimbulkan masalah kepada bayi.
Untuk mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan, anda perlu berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi.Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan?
Beritahu doktor bahawa anda sedang menyusukan anak anda setiap kali berjumpa doktor untuk sesuatu rawatan.
Hentikan pengambilan ubat tersebut sekiranya tidak begitu perlu.
Mengambil ubat selepas sahaja menyusukan bayi bagi memastikan kadar ubatan di dalam susu berada pada kadar yang rendah bagi penyusuan seterusnya..
Mengambil ubat sebelum bayi tidur untuk jangka waktu yang lama.Hentikan penyusuan buat sementara waktu jika perlu.
Apakah langkah pengawasan yang perlu diambil?Mintalah nasihat dari doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.Sekiranya anda menyusu badan dan perlu mengambil ubat-ubatan tertentu, bawalahbayi anda untuk pemeriksaan tetap bagi mengesan sebarang tindakbalas atau kesan sampingan yang mungkin berlaku.Ambil ubat sebaik sahaja selepas bayi disusukan supaya paras dadah di dalam susu adalah pada kepekatan terendah sebelum penyusuan seterusnya diberikan.

Jangan sekali-kali:
Merokok
Meminum alkohol
Mengambil sebarang ubat kecuali sangat perlu
Merasa bimbang
Terasa tertekan

Bahan-bahan yang mendatangkan kemudaratan

Mana-mana ubat yang tidak dinyatakan di bawah ini tidak bermakna ia selamat digunakan ketika penyusuan. Dadah yang biasanya digunakan yang tidak memerlukan preskripsi doktor. Sentiasa ingatkan doktor anda atau pegawai farmasi bahawa anda menyusukan anak anda dengan susu badan setiap kali anda berjumpanya untuk sesuatu masalah kesihatan.
Senarai ubat-ubatan dan bahan-bahan yang tidak selamat digunakan semasa menyusukan bayi yang kerapkali digunakan adalah seperti berikut:
Alkohol - Penggunaannya mendatangkan mudarat. Penggunaan secara kerap meninggalkan kesan buruk. Dan boleh menimbulkan risiko walaupun digunakan sekali-sekala.
Analgesik (penahan kesakitan) – Kesan berbahaya tidak diketahui setakat ini.
Aspirin - Jika digunakan sekali-sekala ia adalah selamat, tetapi jika diambil selalu boleh memudaratkan.
Parasetamol - Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu.
Codeine - Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu.
NSAIDS (Ubat anti-radang tanpa steroid, contohnya Diklofenak, Asid mefenamik, Naproksen dan sebagainya) - Gunakan secara berhati-hati. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi.
Antihistamina - Penggunaannya tidak digalakkan. Ia mengurangkan bekalan susu dan mengganggu bayi. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasiAntasid - Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu.Ubat menghalang cirit-birit
Antidiarrhoeals– Kesan berbahaya tidak diketahui setakat ini.
Kaolin - Kesan berbahaya tidak diketahui setakat ini.
Loperamide - Gunakannya dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi
Atropin - Penggunaannya tidak digalakkan.
Kafein - Kandungan kafein yang tinggi dalam minuman boleh menyebabkan gangguan pada bayi (4 cawan atau lebih sehari).

Sediaan ubat batuk dan selsema

Dekstrometorfan - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
Fenilproparolamin/ fenilefrin - Guna dengan berhati-hati. Ia boleh mengurangkan bekalan susu menyebabkan kerengsaan pada bayi. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi.
Folkodein - Gunakan dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
Pseudoefedrin - Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.
Ubat sedut (untuk asma)Salbutamol - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
Terbutalin - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
Zat Besi (untuk Anaemia) - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini jika makan mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
Iodin - Penggunaannya adalah dilarang semasa penyusuan susu badan, ianya mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan susu ibu
JulapLaksatif atau julap - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
Julap Perangsang - Boleh menyebabkan cirit- birit pada bayi.
Nikotin (contoh: Tampalan Nikotin bagi rawatan pengurangan tabiat merokok) - Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam. Jangan guna sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan ibu
Vitamin - Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin dalam kuantiti yang banyak. Jangan ambil Vitamin A dalam dos yang tinggi sewaktu hamil. (Tidak dibenarkan sewaktu hamil)
Ubat cacingPyrantel pamoat - Kesan berbahaya tidak diketahui.Mebendazol - Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.
Albendazol - Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.

PERINGATAN
Ubat-ubat yang tidak boleh diambil ketika menyusukan anak, termasuklah:
Bromokriptin (parlodel) - Ubat yang digunakan untuk penyakit Parkinson. Ia juga mengurangkan bekalan susu ibu.
Dadah kemoterapi untuk rawatan kanser. Memandangkan ia membunuh sel di dalam badan ibu, mungkin boleh membahayakan anak anda.
Ergotamin (untuk migran) - Menyebabkan muntah, cirit-birit, sawan pada bayi.
Lithium (penyakit mental) - Dirembeskan melalui susu ibu.
Methotrexate (arthritis) - Mengganggu sistem pertahanan tubuh bayi.
Asap rokok, nikotin dan pelbagai kimia (perokok aktif atau pasif) - Jangan merokok ketika menyusukan anak.
Nikotin boleh menyebabkan bayi muntah, cirit-birit dan kelesuan malah susu ibu juga akan berkurangan. Merokok semasa mengandung, atau menyedut asap rokok orang lain (passive smoke) boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mendadak (SIDS) dan meningkatkan jangkitan saluran pernafasan dan jangkitan dalam telinga.
Kokain dan Pensaiklidin (PCP) - boleh menghayalkan bayi dan memberikan kesan keracunan pada bayi anda.
Amfetamin, heroin and marijuana - Memberikan berbagai kesan termasuklah tidak selesa, kerengsaan, gangguan tidur, menggigil dan muntah-muntah. Bayi juga boleh menjadi ketagih dengan pengambilan dadah ini melalui susu badan.

Rabu, 21 Oktober 2009

tips berguna utk ibubapa

td ms rehat sambil2 tgk susuibu.com,laman web feveret ku semenjak bgelar ibu ni..tjumpe satu tajuk yg mnarik..iaitu tips2 bagaimana nk mnangani mslh ank yg sering mngamuk...hmmm..lately munif dh besar ni kdg2 dia cpt mngamuk ble ape yg dia nk kt tk bg..cthnye klu dia nmpk kt pegang satu brg n look interesting n dia pn nk tp kt tk bg..mulela sat lg dia bsing sampai nangis2..cth cam kt tgh minum air..klu kt tk bg mulela dia sj nk start mnangis..hfon pn mcm 2 jugak..kdg2 tk nk bg main handfon bukan ape,coz dia suke baling2 barang..hfon suamiku pn abis dh dbaling2 smpi xdak screen lg..handfon yg husband aku blikn pn hmm..smpt pakai brp bln je coz nk ry aritu abis dh lcd pecah n blm lg p repair..huhu..so panduan ni blhla kt keep in mind n cube aplikasikn..

Panduan ibu bapa bendung masalah anak mengamuk

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang aktif dan cerdik. Masalahnya sejak kebelakangan ini dia sering mengamuk jika kemahuannya tidak dipenuhi dan ada ketikanya dia membaling apa saja yang ada dalam genggamannya, merebahkan diri ke lantai serta pernah juga dia cuba memukul saya.Seperkara lagi, jika anak saya menangis, dia akan terus menangis sehingga saya datang memujuknya. Dia juga sekarang menjadi seorang yang penakut. Saya risau jika perangainya berlarutan hingga besar.

Ibu Risau,Kuala Lumpur.

PAKAR kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.Kanak-kanak peringkat itu juga akan mengamuk kerana kecewa apabila tidak dapat melakukan tugasan atau memanipulasikan mainan seperti kehendak mereka. Mereka akan mengamuk apabila permintaan tidak dipenuhi dan mendengar perkataan ‘jangan’. Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ia hendaklah dibendung sejak mula perkembangannya.
Disertakan beberapa panduan bagaimana menghadapi anak yang suka mengamuk. Harap membantu. Juga boleh layari www.rentis.blogspot.com untuk penulisan saya yang lain berkaitan kanak-kanak.
Kita boleh mengawal tabiat mengamuk dengan cara:.
l Mengalih perhatian anak apabila nampak simptom seperti hendak mengamuk seperti muka anak merah atau mula hendak menangis. Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam.Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.
l Tenang menghadapi kerenah anak. Bacakan untuk diri anda surah al-Inshirah untuk menenangkan diri. Berdoalah dalam hati supaya Allah berikan kekuatan minda dan jiwa untuk menjadi ibu yang baik, sabar dan penyayang. Berdoalah untuk anak anda dan tiupkan di ubun-ubunnya dengan penuh kasih sayang.Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.
l Jika anak terus mengamuk, cuba jangan peduli dan tinggalkan sekejap. Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A book of child care, memberikan seorang akan memberikan persembahan yang lebih baik di hadapan penonton. Saya dapati panduan ini mujarab untuk anak saya dan kebanyakan anak di Taska. Jadi, jika anak terus mengamuk jangan perhatikan. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai apabila mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.
l Apabila anak berhenti mengamuk, bincang dengan mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Terangkan juga bahawa kita akan tegas dengan pendirian kita. l Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

al-fatihah...

smlm ptg ms br blk keje dpt call dr pak tam abg yg dok kt bangi,tok abg meninggal dunia..ktorg yg br nk mjamah yong tau fu yg aku bli kt pasar tani dpn opis aku terus xjd nk mkn..arwah tok aritu ms pas sminggu ry dia ikut pak su abg dok kl coz uma dia yg kt alor star 2 ank2 dia nk renovate..best uma arwah tok..keliling sawah..1st tme ms p uma arwah tok pas kawin mmg teruje btl..mn tk..laluan msk ke uma tok mmg kecik btl..hya sbuah kete je blh msk n silap2 klu tk bhati2 blh msk terus dlm bendang..fuhhh..uma dia uma kg tp 2 yg seronoknye..coz uma mak mtua mcm uma mak aku jugak..uma batu,uma taman..so klu blk uma abg mcm tk terase kg coz uma dia kt pekan tp klu blk aloq staq uma tok..mmg syokk..tp ry haritu ktorg tk blk uma arwah tok coz 1st ry dh ry uma mak aku dlu..n bese mak mtua n famili blk uma tok ms 1st ry..n kbetulan ms ry aritu arwah tok nk dok kl so ktorg plan jumpe tok kt kl je la..ms kt sg petani smpt jugak jumpe arwah ble dia dtg singgah uma mak mtua b4 blk kl..ms 2 nmpk arwah sihat cket wpun bdn mcm tk sihat..tp ms aku n suami aku p mlawat dia kt hosp annur,bangi 2 minggu lepas nmpk arwah uzur sgt..ms 2 ht aku dh bdetik mcm arwah tok xlame je coz dr air muke dia,dr pcakapan dia aku mcm dh blh agak..2 yg aritu pas keje ktorg temankn tok smpai mlm smpi mak chaq abg n pak tam abg dtg tgk tok kt hospital coz tk smpi ht nk tinggalkn dia sorg2..kbetulan katil2 bsebelahan ngn dia smue dh check out so arwah sorang2 jela..n tk sangke arwah djemput ilahi secepat itu..tk smpt nk tgk uma br dia..
smlm plan nk blk kg coz famili sblh abg nk bwk jenazah tuk dkebumikn kt kg..so aku pn bkemas2 brg n bsh bj2 kotor smntara husband aku p ziarah arwah kt uma pak tam kt bangi..lst2 dia bgtau yg dia nk blk bdua ngn abg ipar mlm 2 jugak..so xjdla ktorg nk blk..dok tgu dia blk smpi kul 11lbh rupenye abg ipar lak xjd nk blk kg..cian suami aku..dia nk blk kg tp xdak kawan..nk drive dh penat..saudare mare lain dh blk awl ms ikut anta jenazah sekali..so lstly ktorg dok uma jelah..
pg ni p keje masing2 dlm keadaan mngantok n keletihan..ank aku pulak mlm td aktif bukan main..ligat semcm dlm gelap2 pn asyik nk main je..yelah smlm genap dia 10bln n dia lahir lak pukul 10.01 mlm 2 yg mlm td mcm segar semcm..aku la yg mngantok skrg..rs cam nk tdo je..td bt cek pn laju je tgn ni..hehe..harap xde yg salah..igt nk tdo sat ms perah susu sat lgla..
kla..

p/s:alhamdulillah..rs syukur pd allah coz hga kini dh 11bln dpt mnyusukan munif..biar bmacam dugaan dan cabaran yg tpakse aku lalui blm lg dgn karenah ank, tk ckp tdo tp alhamdulillah tk sangke aku blh smpi ke thp ini..mg2 aku dpt teruskn usaha tuk bfeed munif until 2thn n kupohon pd allah slalu mg dberi ksihatan yg baik tuk aku,dberi kekuatan fizikal n mental n dpt mberi susu yg mcukupi tuk ank2 aku..insyallah..amiiinnnnnnn...

Khamis, 15 Oktober 2009

bila yg disayangi tk sihat...

salam..dh smgu tk tulis dlm blog ni bkn ape cume tkde ksempatan..lst wk thus dpt msg dr aishah rupenye mak tk sihat n muntah2..br je ms lst wk ari senin mak,abah n aishah bwk aleya n aleesa dtg uma aku kt putrajaya..mmg mak pn start bln pose aritu dia tk berape sihat sgt tp tkla smpi muntah2 n tk bgn.so aku terus jd tk sedap ht n mulela air mt ni asyk nk mleleh je kt opis..lst2 after dnasihat oleh seorg akak ni kt opis aku pn amek ct ari jumaat 2 coz mlm jumaat pas keje n kms2 brg aku terus ajak husband aku blk cheras..alhamdulillah dpt suami yg mmahami n baik hati (luv u sayang..)..btlla ble smpi uma tgk muke mak yg cengkung tgh baring ngn abah kt ruang tamu terusla aku mnangis..luluh ht seorg ank tgk mak dia yg tk sihat,pucat n tk bmaya...rupenye mak dh brp hr tk lalu mkn n bdn sakit2 makin jd lemah..rupenye mak aritu pegi cube mkn ubat herba n terus jd tk slera nk mkn..abah pulak kne cirit birit..so ari jumaat 2 aku pn amek ct jg org tua aku smbil jd bbsitter 4 my son n ank2 buah aku yg 3org 2..nasib ade ct,pbantu uma mak yg baik n rajin tlg kemas2 uma..tkla aku mcm lipas kudung..tp kelam kabut jugakla bile tme nk msk n tdo kn budak2 2 esp ank aku yg br 10bln 2 ngn ank ewan (adk aku) yg kecik,ilham malik..munif mcm besela bile dh ade ibu lgsgla ibu dia ni tkleh nk gerak,ke mn aje asyk nk follow je..smpikn aritu mangkuk pecahla ms bg mkn kt dia..hehe..ngn ilham yg mragam nk tdo sbb dia tgh selseme,bese dia ok je tp aritu lak dia selseme..lgsung tdo tknk letak..tpaksela aku tdo dk pegang dia je gilir2 ngn ct..yg lg 2org ank buah aku si aleya n aleesa bt hal snd tp 2la uma jd riuh n sian kt mak n abah yg nk berehat..
alhamdulillah arini mak dh beransur sihat wpun blm spenuhnye tp dh blh bgn n bt keje cket2 but still kene berubat lg coz bdn mak still lemah..abah pn esknye cirit birit pn dh baik mayb sbb byk sgt mkn ms ry ni..n aku dh blikn mak supplement shaklee tuk mak cube makan..mudah2an mak cpt smbuh..
tp 2la..dugaan tuk aku pulak..ari sabtu lepas aku dok beraye p open hse uma kwn2, ari ahad p kenduri pulak kt banting yg jln dia cam berenjut2 n pastu lak p open hse uma pcik aku kt kajang..hmm lstly perut aku pn mulela bt ragam..ptg 2 dh rs cam perut tk sedap..rs cam nk muntah pn ade,pening2 lalat..tp tgk munif ok je,coz dia asal msk kete je terus tdo..mlm 2 sblm blk putrajaya lg aku dh muntah2..n blk uma aku pn aku still muntah2 lg smpi lembik n munif lak dh kne selseme sket..dlm kul 1lbh aku tjage tgk munif pn muntah jugak abis bj2 aku n toto bsh kne muntah dia..pg senin 2 aku terus tk larat nk p keje n ajak husband aku p klinik tuk cek aku n munif..aku dpt mc 2hr..pas perut aku ok sbb gastrik munif lak kene cirit birit ms ari slase 2 sampai sharian dia cirit..cian sgt..tp munif ni aktif tlebih,sakit2 pn cergas cume dia xnk mkn je..n alhamdulillah smlm aku start keje pngasuh ckp munif ok n dh tk cirit lg..mkn minum p sng je..lega rs ht ni..klu tk 2-3 lps mmg aku rs cam down sket..rs susah ht mngenangkn mak yg tk sihat spenuhnye lg,pastu mak mertua pn samer jugak mcm mak aku,n then aku pulak n finally munif pulak..huhu..rs mcm stress cket..nsbla dlm ms2 mcm ni ade suami ku yg tcinta yg sgt memahami n caring..ble aku tk sihat,dia urutkn bdn ngn minyak, tuam kepale aku ngn air asam jawe..huhu..

Khamis, 8 Oktober 2009

sharing is caring...

salam..
hmmm.."sharing is caring.."simple word tp pnh makne..btlkn??aku ptame kali dgr ble join susuibu.com..laman yg byk bg ilmu kt aku psl susu ibu ni..n mlalui susuibu la aku dpt susukn munif smpi la skrg..drpd tk tau mcm mn nk simpn susu perah n mcm mn nk dptkn susu yg byk..alhamdulillah aku dh smakin mahir..nk kt expert blm smpi term 2 lg coz byk lg yg nk kne cungkil..wpun susu tuk munif tkla byk sgt jika nk dbandingkn ngn kengkawn lain but alhamdulillah ia nye mcukupi tuk ank aku..mula2 ms breastfeed dia tkt gak tk ckp susu,coz ms awl2 keje pas pantang dlu aku just bt sesi perahan 1x je n then pas dh mnimbe ilmu dr susuibu.com aku bt 2 sesi smpila skrg..satu hr wpun tk smewah org lain dptla jugak shari dlm 4btl kcl..
n alhamdulillah skrg munif dh 10 bln,n dia pn dh pandai mkn..but aku still panjangkn niat tuk nyusukn dia tnpe susu formula hga la umur dia 2thn..n alhamdulillah,wpun ank aku tkla montel sgt mcm ank2 org lain tp dia aktif n cergas n jarang tk sihat..stakat ni br sekali je dia dmam ms 6bln 2 pn pas 2hr kne cucuk n dia dmam 1hr je..ms 2 mmg tk tdo mlm dok jg dia..kejap2 bgn susukn dia n bshkn bdn dia..n alhamdulillah skrg pn klu dia selseme pn skejap je maybe berkat susu ibu..n skrg ni aku start amek supplement dr seorg kakak yg byk bg ilmu mlalui pbacaan ku dr blog dia iaitu anakkuwiraku.blogspot.com..sbb skrg ni kt opis dh tkleh nk bukak susuibu.com..klu tk dlu ape2 mslh mest refer susuibu smpikn kwn2 opis pn dh tau..n alhamdulillah,since amek supplement ni aku sihat,jarang selseme,sakit kpale,moody or pnt..n aku lbh yakin tuk nyusukn munif..
n until now aku still doakn yg tbaik tuk aku,suami n ank tcinta..mg2 kami smue djauhi dr sgale pnyakit,djauhi segala kjahatan n keburukan n smoga dijauhkn dr sgale hutang piutang..

Rabu, 7 Oktober 2009

Kurangkan stres di pejabat-utusan msia 7/10/09

RAMAI di antara kita akan mengalami ketegangan pada bahagian leher, bahu serta pinggang semasa atau selepas duduk lama di pejabat atau menggunakan komputer. Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot di bahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.
Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama jika bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa.
Kontraksi statik otot-otot ini akan menyebabkan gangguan bekalan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian otak serta bahagian anggota pinggiran badan seperti tangan dan kaki.
Gangguan bekalan darah ini menyebabkan permintaan keperluan metabolisma sel meningkat, pengurangan sumber tenaga melalui proses metabolisma sel-sel, pengumpulan toksin hasil metabolisma sel serta menyebabkan sistem saraf kita lebih sensitif terhadap rangsang toksin.
Ini menyebabkan lebih lama anda mengekalkan kedudukan statik maka akan lebih tegang serta sakit yang akan anda alami pada bahagian otot leher, bahu serta pinggang.
Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :
l Pening dan sakit kepala
l Ketegangan serta sakit leher serta bahu
l Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat
l Kebas dari bahu hingga ke hujung jari
l Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip
Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang:
l Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung
l Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki
l Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan
l Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai
Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.
Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.
Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres.
Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:
l Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 - 5 minit
l Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan
l Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 - 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen

p/s:hmm..alhamdulillah sejak amalkn shaklee kurang sket rs stress n pnt..skt kpale pn kurang but 2la klu ade rezeki lbh nk tmbh skit2 supplement lg..br la tau ttg kperluan supplement pd body..thanx 2 kak N..

Isnin, 5 Oktober 2009

gmbr jln2 kt queensbay,pinang..
































ni gmbr ktorg ms jln2 kt queensbay,pinang ms ry aritu..msk je pinang ujan lebat sgt..dhla plan nk pusing2 lst2 dpt jln p queensbay je..nk posing gmbr kt luar tk dpt..pastu ptg cket p hosptal pinang mlawat pak ngah abg br operate jantung..
ms p ikut jmbtn,ms blk naik feri..igtkn munif takut..rupenye suke dia bgambar ats feri..smpai tk pakai suar..hehe
dpt gakla mkn ns kandar kt ngn hosp pinang..tp nnt dh ckp ngn abg nk p lg pinang..tk puas..kali ni nk tdoq sne..br best..

Khamis, 1 Oktober 2009

rezeki

salam..arini nk citer cket..perut bt hal la..dr mlm smlm lg asyk p toilet ja..pukul 4pg dh tk thn tpakse bgn ms munif tgh nyusu..ape lg budak kecik 2 biasela..klu kt bgn je mulala nk mrengek smpi kt yg dlm toilet pn tk selesa..husbandku smpi ckp munif lgsung tk leh nk brenggang ngn ibu dia..pg ni je kt opis dh msk 3x p ulang alik g toilet..dhla tghri nk p tgk mbr bsalin kt hosp ptrjy..sbt psl bsalin teringat tme kt dlu..mmg takut n sakit tp 2la..ble dgr org dpt bb girl mcm seronok je nk ade bb girl gak..ahaksss..tkpela..tgu munif besar cket at least pas 2thn blhla tmbh lg satu..huhuhu..
oppss..lupe lak 2day husband ku 1st day kt opis br..alhamdulillah rezeki dia dpt naik pangkat..2 pg2 dh bgn n bsiap awl2 takut dia lmbt smpi opis yela nk anta ank lg,nk anta kt lg..dh byk kali dia ckp suh bwk kete tp 2la..i tk konfiden lg la..lain kalu ade org kt sblh..

gmbr ry..


dpt jugak bgambar b2 ngn husband coz ms ni munif dh tdo kpenatan..hehe mcm pngantin br pulak malu2..









inilah gmbr familiku yg tercinta..dr kiri belakang abg,abg zman (abg ipar),ewan,faez (yg bongsu),duduk kt tepi belah kiri kak shima (kakak sulong),duduk kt tepi belah kanan aishah (adk pompuan 2nd lst),duduk barisan depan dari kiri aku pangku munif,aleya yg tembam (ank k.shima),abah,emak pangku ilham,iffah (adik ipar) ngn ank aleesa yg comei..
























ni pulak gmbr ry kami bertiga..seronok dpt pakai bj sedondon..huhu
























nilah permata htku,munif dzakwan b. norikhwan..ms ni b4 ry,nk trykn bj melayu..smpt la posing b4 buke pose..dia pn tau2 je org nk amek gmbr dia,bt pose mcm2..